Tuesday, June 3, 2014

Majlis Pelancaran Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Pasti ramai kan yang sudah tak sabar-sabar menunggu entri tentang Majlis Pelancaran Novel Cukup Derita Itu yang diadakan pada 27 April yang lalu di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur. Ya, memang meriah sekali majlis tersebut. Ia dihadiri oleh ratusan peminat-peminat tegar Siti Rosmizah dari pelbagai pelosok tanah air. Suasana penuh bergemerlapan disinari cahaya neon dan panas berbisa, sesuai dengan tema Otai Terus Berbisa. Bukan sahaja SR yang dianggap Otai dalam dunia penulisan bahkan majlis ini turut diserikan dengan Otai-otai terkenal tanah air.

Seawal jam 8.30 pagi, peminat-peminat dah berpusu-pusu mendaftar. Masuk sahaja ke Grand Ballroom Seri Pacific Hotel tu, kita dihidangkan dengan barisan gadis-gadis comey & gojes menyambut dengan mesra. Semuanya tersenyum manis tatkala mata bertentang mata. Setelah selesai mendaftar, masing-masing mendapat sekotak kaset sebagai cenderahati. Kaset kosong you... saya pun sampai patah balik ke meja pendaftaran tanya pasal kaset tu. Kenapa kotak kosong jer dik..? Hehe... itulah unik namanya.

Sepanjang laluan ke Ballroom, saya amat terpesona dengan dekorasi yang dibuat khas untuk majlis ini. Wah, memang banyak port-port menarik. Ada tempat menunggu bas, ada gitar yang penuh gaya, ada motor besar yang setia memberikan pose terbaik dan yang paling best kita boleh bergambar dengan SR tanpa ragu-ragu. Nak peluk pun boleh, tak ada siapa yang akan marah. Pendek kata bukan setakat nak bergambar mesra, nak berselfie-selfie pun bolehlah. Melihat itu semua, hati dah terdetik nak mengabadikan kenangan di semua tempat yang telah dihiasi indah. Pandai sungguh SR and the team mencuit dan menggembirakan hati kami, peminat-peminatnya. Terasa diri sungguh dihargai. Ya, bak kata SR... "Kaulah bintang hatiku"!

Bukan itu sahaja, kami juga disajikan dengan pelbagai juadah minum pagi yang enak dan lazat. Pelbagai menu dari timur ke barat, dari sajian berat yang mengenyangkan sehinggalah ke dessert enak pencuci mulut yang menyegarkan. Memang terlalu istimewa, terasa nak mencuba kesemuanya :)

Sebelum masuk ke dewan, saya sempat mendapatkan senaskhah novel Cukup Derita Itu dan sehelai t-shirt rasmi sempena majlis pelancaran ini. Beli siap-siap takut nanti kehabisan stok. Hehe... Novel ini tebal sangat, 1, 170 muka surat, lebih kurang sama tebalnya dengan novel 7 Hari Mencintaiku. Tebal dan berat. Entah berapa hari baru boleh habis baca. (Wah, ayat nak beritahu yang saya belum baca lagi T__T) Masa beli novel tu minta dia orang cop siap-siap, bukan apa... senang nanti SR tulis nama dan tanda tangan sahaja.

Inilah dia kaset, t-shirt Otai Terus Berbisa & novel Cukup Derita Itu
Dan kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kedengaran paluan kompang dan gemerincingan alat-alat muzik menandakan keberangkatan tiba novelis popular Siti Rosmizah. Semua hadirin terdiam, mata terpaku di pintu masuk utama. Tepukan bergemuruh tatkala bayang SR menjelma. Memang gojes berkemeja kelabu selari dengan tema 80-90an. Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon keberkatan dan kelancaran acara sehingga ke akhirnya.

Penyanyi otai, Nash menghangatkan majlis yang baru bermula. Terkejut saya, tetiba sahaja Nash muncul dari pintu masuk utama, dengan suaranya yang serak-serak merdu. Lupa pulak saya Nash nyanyi lagu apa tapi memang power sangat. Memang kami semua terhibur sangat.


Selesai Nash membuat persembahan, muncullah akak Sheera yang ditunggu-tunggu. Tepat seperti dijangka, Sharifah Shahira tetap menjadi pilihan SR untuk mengacarakan majlis yang penuh berbisa ini. Macam biasalah akak kita ni, penuh dengan gurau senda, lawak jenaka yang menggamatkan suasana. Memang tak kering gusi dibuatnya.


Berbalik kepada SR, dalam ucapannya beliau mengumumkan akan penubuhan SR One Sdn Bhd yang memfokuskan kepada penerbitan filem dan drama. Novel-novel popular beliau dan juga penulis di bawah SR Publication akan diadaptasi ke drama dan filem. Antaranya ialah novel Takdir Itu Milik Aku dan Rindu Tanpa Kata. Tak sabar rasanya nak menonton cerita ini. Pasti mengundang air mata.


Dalam majlis ini, SR telah merasmikan novel terbarunya yang bertajuk Cukup Derita Itu. Novel ketujuh ini tetap mengekalkan genre cinta yang memang sinonim dengan karya-karya SR. Yang bestnya, seorang daripada ratusan peminat yang hadir telah terpilih untuk sama-sama merasmikan novel ini. Memang cukup bertuah peminat tersebut. Satu dalam sejuta. Turut dilancarkan adalah novel Penghujung Cintaku oleh Admatiza, Kekasihku Popular oleh Phidot dan Ketika Takdir Menyapa oleh Jue Idzdihar.



Seperti biasa, pelbagai gimik dan juga kejutan sepanjang majlis ini berlangsung. Memang SR and the team telah merancang dengan sebaik-baiknya. Meriah memang meriah. Ditambah lagi dengan kemunculan Shima dan Mus May yang mendendangkan lagu-lagu berhantu mereka. Memang power lah suara mereka berdua. Tambahan pula saya memang sukakan lagu-lagu nyanyian mereka, jadi memang syok habis la. Siap menyanyi bagai... terbukti malam tu otai memang terus berbisa.


Kepada SR, tahniah di atas kelahiran karya yang ke-7 ini. Semoga terus diberi idea-idea yang mantap agar dapat menghasilkan karya-karya yang lebih menyayat hati. Terima kasih kerana sentiasa menghargai peminat-peminat anda, penggemar-penggemar karya anda. Semoga SR terus suksess di masa-masa akan datang. ♥Hug♥

 


~wit♥~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...